Tanaman komersial


Penanaman cendawan adalah salah satu perusahaan yang dijalankan oleh para petani di Malaysia. Beberapa faktor utama telah mendorong ramai pengusaha menceburi bidang tersebut di ialah:
  •  Keuntungan yang tinggi dalam jangka masa pendek
  •   Kos pengeluaran rendah-menggunakan bahan sampingan pertanian
  •   Potensi pemasaran yang baik
  •   Kandungan nutrien pemakanan yang tinggi

Terdapat kira-kira 2000 jenis spesies cendawan di dunia tetapi hanya 25 jenis sahaja yang boleh dimakan. Di Malaysia ada 7 jenis  cendawan yang ditanam iaitu:
mencampurkan semua bahan-bahan


bahan-bahan digaul dengan menggunakan mesin
  •                   Cendawan tiram kelabu
  •                   Cendawan tiram putih
  •                   Cendawan abalon
  •                   Cendawan shitake
  •                   Cendawan telinga kera
  •                   Cendawan jerami padi
  •                   Cendawan butang
  • Penanaman cendawan
    Cendawan boleh ditanam pada sisa pertanian yang mengandungi selulos , hemicellulos dan lignin. Di antara bahan-bahan yang boleh digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu getah, sisakapas, kayuberangan, kayu oak dan akasia, jeramipadi, sekam padi dan tandan kosong kelapa sawit.
    Aliran proses penanaman cendawan
    1.      Penyediaan bahan tanaman
    2.      Mencampurkan bahan(kering)
    3.      Campur air (75%)
    4.      Masukkan dalam beg ‘pp’
    5.      Padatkan
    6.      Kukus (4-6 jam 95c – 100c)
    7.      Penyejukan
    8.      Suntikan benih
    9.      Pemeraman
    10.  Penghasilan
    11.  Penghasilan 1
    12.  Penghasilan 2
    13.  Penghasilan 3
    14.  Penghasilan  4
    cendawan di TPU,UPM

    cendawan yang sudah boleh di pungut

    memasukkan bahan tanaman kedalam plastik 



    menutup beg "pp"




    Tanaman jagung (zea mays)
                Tanaman jagung merupakan salah satu jenis tanaman biji-bijian dari keluarga rumput-rumputan. Berasal dari Amerika yang tersebar ke Asia dan Afrika melalui kegiatan orang-orang Eropah ke Amerika. Sekitar abad ke-16 orang Portugal menyebar luaskan nya ke Asia. Orang Belanda menamakannya “mais” dan orang Inggeris menamakannya “corn”.
    aku dan kawan-kawan menuai jagung
     berposing ketika menuai jagung
    aku dan kawan-kawan di ladang UPM
                    
                    Tanaman jagung ini mengguntungkan jika sekiranya sumber-sumber yang tersedia ada seperti tanah dan musim yang sesuai serta amalan kultur dapat digunakan dengan sebaik-baiknya. Jagung terkenal sebagai satu tanaman yang kuat ‘makan’, sehingga ia nya sensitif kepada sedikit sahaja perubahan terhadap kandungan zat-zat makanan atau nutrien dan air dalam tanah.
                Sifat botani tanaman
    Batang: lurus, mempunyai buku yang tebal di bahagian bawah. Tinggi sehingga 4.5 m dan tidak mempunyai cabang.
    Daun: bentuk lamina panjang, hujung daun bentuk akut. Daun berbulu halus di permukaan. Daun tersusun secara berselang pada batang.
    Bunga: spikelet betina mengeluarkan 2 floret. Benangsari panjang terbit dari ovari hingga ke hujung tongkol
    Buah: lebar, obovat dan bentuk wedge
    Akar: terdiri dari akar radikel dan akar seminal yang merupakan akar primer untuk menyokong pertumbuhan pokok



    pokok jagung yang sedang berbuah
     pokok jagung


    Tanaman Cili

    Cili ialah sayur jenis berbuah dan tanaman sayur tanah rendah. Varieti yang baik perlu mempunyai kandungan pepejal yang tinggi dan tahan terhadap penyakit dan serangan-serangan serangga.

    ·         Varieti MC 11
    Varieti ini mengeluarkan hasil 10 minggu selepas ditanam ke ladang dan berterusan sehingga musim berakhir.  Sifat pembuahan yang berterusan menyebabkan buah-buah cili dipetik setiap dua hari.  Sehingga musim berakhir lebih kurang 30 pemetikan dilakukan.  Varieti ini sesuai ditanam dan berupaya mengeluarkan hasil yang tinggi di pelbagai persekitaran dengan jarak tanaman 60 cm x 100 cm.
     
    ·         Varieti MC 12
    Varieti MC 12 sangat produktif, mempunyai dua puncak pengeluaran dan berupaya mengeluarkan hasil sehingga 4 bulan dengan sistem pengairan yang cekap.  sifatnya yang cepat matang (7 minggu selepas ditanam) dan pemetikan hasil dilakukan selang 5-6 hari.  Ini membolehkan buahnya dipetik sebelum diserang oleh penyakit.  Dalam tempoh 2 bulan penghasilan, hasil yang diperolehiantaa 20-29 tan/ha.  Pokoknya yang rendah dapat mengatasi masalah pokok rebah, oleh itu pancang-pancang tidak diperlukan.  Buahnya yang panjang, padat dan menarik sesuai untuk kegunaan segar dan pemprosesan.
     
    ·         MC 4
    Varieti ini dibiakkan oleh MARDI.  Saiz sederhana panjang, rasa kurang pedas.  Jangkamasa pengeluaran adalah pendek.  Pungutan hasil adalah selama 8-18 minggu selepas menanam.  Sederhana tahan pada penyakit antraknos, rentan pada virus.  Hasilnya ialah 12-20 tan/hektar.  Sesuai untuk ditanam secara besar-besaran.
     
    ·         MC 5
    Variety ini dibiakkan oleh MARDI, saiz buah 10-15 sm, 10-15 g/biji, variasi dari segi bentuk buah kurang, tinggi pokok 100-200 sm, sangat pedas dan ianya sentiasa berbunga.  Jangka masa pungutan adalah panjang (5 bulan).  Pungutan hasil selama 12-32 minggu selepas menanam.  Rentan pada virus antraknos dan virus.  Hasil adalah sebanyak 15-25 tan/hektar.
     
    ·         Kulai
    Saiz buahnya 12-15 sm, tirus, mesocap tebal, tinggi pokok adalah 60-180 sm, rasanya sangat pedas.  Hasil buah sebanyak 10-15 tan/hektar.




    Jambu batu
    Buah jambu batu boleh dimakan segar dan diproses kepada bahan jus dan hasil-hasil yang lain. Jambu batu bukan sahaja popular di Malaysia tetapi juga di negara pengimport seperti Singapura, Hong Kong, dan Jepun. Jenis yang popular ialah buah yang besar tanpa biji benih yang berasal dari Thailand. Walaupun jambu batu telah lama di tanam di Malaysia, Cuma kebelakangan ini, ia telah mendapat perhatian ramai kerana keistimewaan buahnya. Kawasan penanaman jambu batu yang penting terletak di negeri Perak, Johor, Selangor dan Negeri Sembilan. Di Malaysia, jambu batu selalu ditanam sebagai tanaman tunggal. Walau bagaimana pun, kadangkala didapati pokok jambu batu ditanam sebagai tanaman selingan di antara barisan tanaman buah-buahan lain seperti durian atau dalam blok-blok terasing di dusun tanaman campuran. Sebenarnya, semua kultivar yang ditanam adalah untuk hidangan di meja seperti kultivar “Kampuchea”, “Glom Sali”,”Donrom” dan “Kristal Tanpa Biji”. Baru-baru ini sebahagian kultivar jus seperti “Beaumont” telah ditanam. Nilai komersial jambu batu yang tinggi adalah disebabkan oleh khasiatnya yang superior, senang ditanam dan kesesuaiannya diproses dan ditinkan. Sebagai sejenis  buah segar hidangan meja, jambu batu lazat dan merupakan salah satu daripada buah-buahan yang paling berkhasiat. Buah ini boleh diproses dengan lebih lanjut menjadi pelbagai hasil makanan yang bernilai. Bahagian lain pokok jambu batu boleh juga digunakan untuk pelbagai tujuan.
    pink guava
      
    Keistimewaan jambu batu

    1) khasiat makanan
    ü Buah masak: di makan mentah, isi lembut dan berbau wangi dibuat jem,
    jeli, jus, kordial, kek, pai, sup dan manisan. Isi atau jus ditinkan atau dijadikan serbuk.
    ü Daun: digunakan sebagai ganti daun teh
    2) Khasiat ubatan
    ü Buah masak: dimakan untuk mengatasi sesak nafas.
    ü Bunga: air rebusan kudup nya diminum untuk rawatan cirit-birit dan menghentikan pendarahan
    ü Daun muda: dikunyah dan ditelan untuk mengatasi cirit-birit
    ü Kayu: air rebusan diminum untuk rawatan cirit-birit
    3) kegunaan lain
    ü Daun jambu batu direbus bersama masakan tertentu untuk menghilangkan atau mengurangkan rasa pahit sesuatu jenis sayur. Daunnya juga digunakan dalam proses menyamak dan sebagai pewarna. Batang pokok jambu batu sederhana kuat dan tahan untuk kegunaan dalam pembinaan bangunan, juga boleh dibuat sebagai hulu perkakas.











No comments:

Post a Comment