Bicara Hati



Terima kasih Cikgu!!
Sempena hari guru ini, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang mengajar aku selama terutama kepada guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Samad, Sekolah Teknik Tanah Merah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Machang.Jasa cikgu-cikgu tidak dapat dibalas. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Terima kasih cikgu untuk semuanya. Yang paling istimewa kerana jasa cikgu aku berjaya menjadi salah seorang pelajar cemerlang @ top5 dalam STPM 2010..dan kerana cikgu aku dapat lihat keluargaku tersenyum bangga dengan kejayaan ku .Terima kasih cikgu terutama cikgu2 yang mengajar kelas 6A3 di SMK Machang terutama Cikgu Azizah Mat,Cikgu AzizahDaud,Cikgu Wan Azmi,Cikgu Rohaida Omar dan cikgu2 lain kerana mendidik ku sehingga aku bergelar mahasiswi UPM..
terima kasih cikgu2 sekalian!!
sajak ini khas untuk warga guru!!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di diulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN AWANG
1979

No comments:

Post a Comment